Search this site
Embedded Files
MAHAWANGSA
  • HOME
  • MENGENAI JURNAL
    • Jurnal Pertanika Mahawangsa
    • Sidang Editorial
  • PENGHANTARAN ARTIKEL
  • ARKIB
    • Vol. 11, No. 2, November 2024
    • Vol. 11, No. 1, Jun 2024
    • Vol. 10, No. 2, November 2023
    • Vol. 10, No. 1, Jun 2023
    • Vol. 9, No. 2, November 2022
    • Vol. 9, No. 1, Jun 2022
    • Vol. 8, No. 2, November 2021
    • Vol. 8, No. 1, Jun 2021
  • PENGUMUMAN
  • HUBUNGI KAMI
MAHAWANGSA

Volume 10, Isu 2, November 2023

PEMILIHAN BAHASA MASYARAKAT ORANG ASLI JAHUT DI JERANTUT, PAHANG


Burhan Murshidi Baharon

Universiti Putra Malaysia

Ernawita Atan

Universiti Putra Malaysia

Sharil Nizam Sha’ri

Universiti Putra Malaysia

Sa’adiah Ma’alip

Universiti Kebangsaan Malaysia


Nama Isu: Vol. 10, No. 2, November 2023

Abstrak

Masyarakat orang Asli dapat dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu Melayu Proto, Senoi dan Negrito. Mereka juga merupakan kumpulan minoriti di Malaysia. Masyarakat orang Asli Senoi merupakan kelompok terbesar diikuti oleh kelompok Melayu Proto dan Negrito. Kesemua kelompok ini mempunyai suku-suku yang tersendiri. Kajian ini tertumpu kepada suku kaum Jahut di Kampung Sungai Kiul di Jerantut, Pahang. Suku kaum Jahut ini tergolong dalam suku kaum masyarakat Orang Asli Senoi. Walaupun kelompok Senoi ini merupakan kelompok orang Asli yang terbesar berbanding dengan Melayu Proto dan Negrito, mereka masih dalam kelompok minoriti dan diancam kepupusan. Justeru, perkara ini sangat membimbangkan kerana kepupusan bahasa ini akan menyebabkan suku kaum ini kehilangan budaya dan cara hidup mereka. Sehubungan dengan itu, berdasarkan permasalahan ini, pengkaji melakukan kajian ini untuk mencapai objektif, iaitu untuk mengenal pasti jenis pemilihan bahasa yang digunakan dalam kalangan masyarakat Orang Asli Jahut, Jerantut, Pahang. 

Lihat artikel penuh↗️


Terbit: 

2023-10-13 

Copyright © 2024, FBMK_UPM. All Rights Reserved.  

Report abuse
Page details
Page updated
Report abuse