Volume 10, Isu 2, November 2023

KEROSAKAN BAHASA MELAYU DALAM MEDIA SOSIAL


Ernawita Atan

Universiti Putra Malaysia

Nurlina Atan

Universiti Putra Malaysia


Nama Isu: Vol. 10, No. 2, November 2023

Abstrak

Bahasa bukan sahaja merupakan penggerak utama kepada sesebuah peristiwa berbahasa, bahkan dapat menjadi penentu kepada keperibadian seseorang. Penggunaan bahasa yang baik mencerminkan perilaku yang baik kepada penutur bahasanya tidak kira dalam konteks peristiwa berbahasa secara langsung mahupun secara alam maya, iaitu di media sosial. Justeru, hal utama yang ditekankan dalam kajian ini ialah penggunaan bahasa Melayu yang kini tidak hanya dilihat dalam konteks ucapan seharian semata-mata, tetapi juga dalam aspek penggunaannya di media sosial. Media sosial mampu menjadi penggerak positif dan negatif kepada bahasa Melayu. Kerosakan bahasa di media sosial yang dilakukan sendiri oleh penutur bahasa Melayu diwujudkan menerusi penggunaannya dalam bahasa slanga, bahasa kasar dan percampuran kod telah mengganggu gugat bahasa Melayu sebagai bahasa yang berdaulat. Kajian ini akan memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu yang tidak memenuhi standard bahasa yang beridentiti baik, yang digunakan dalam kalangan pengguna bahasa di media sosial Facebook, Twitter dan Instagram. Penggunaan bahasa ini mendorong kepada tiga hal utama dalam kajian ini, iaitu isu kerosakan bahasa dalam media sosial; keduanya ialah faktor yang mendorong berlakunya kerosakan bahasa, seperti pengaruh dan didikan keluarga, serta keinginan peribadi penutur dan ketiga ialah kesan kerosakan bahasa ini, iaitu berlakunya kecelaruan kepada bahasa penutur bahasa itu sendiri, serta pendorong kepada kelemahan kemahiran berbahasa seseorang. Dapatan kajian ini telah menemukan kepelbagaian penggunaan bahasa yang bersifat negatif yang bukan sahaja merosakkan mutu bahasa itu, tetapi bahkan martabat dan maruah penutur bahasa.

Lihat artikel penuh↗️


Terbit

2023-11-24