Search this site
Embedded Files
MAHAWANGSA
  • HOME
  • MENGENAI JURNAL
    • Jurnal Pertanika Mahawangsa
    • Sidang Editorial
  • PENGHANTARAN ARTIKEL
  • ARKIB
    • Vol. 11, No. 2, November 2024
    • Vol. 11, No. 1, Jun 2024
    • Vol. 10, No. 2, November 2023
    • Vol. 10, No. 1, Jun 2023
    • Vol. 9, No. 2, November 2022
    • Vol. 9, No. 1, Jun 2022
    • Vol. 8, No. 2, November 2021
    • Vol. 8, No. 1, Jun 2021
  • PENGUMUMAN
  • HUBUNGI KAMI
MAHAWANGSA

Volume 11, Isu 2, November 2024

SASTERA LISAN DAN FUNGSINYA DALAM KARYA HISTORIOGRAFI MELAYU TERPILIH


Raja Faris Hakimi Raja Jaafar

Universiti Putra Malaysia

Rahimah Hamdan

Universiti Putra Malaysia

Salmah Jan Noor Muhammad

Universiti Putra Malaysia


Abstrak

Sastera lisan merupakan hasil karya awal yang merakamkan worldview masyarakat Melayu. Ini bermakna bentuk pemikiran dan perlakuan masyarakat secara tidak langsung dimuatkan secara eksklusif dalam genre tersebut. Perkembangan sistem tulisan Jawi akibat pengenalan agama Islam telah menyebarluaskan korpus ilmu dalam masyarakat sehingga lahir pelbagai genre dalam kesusasteraan Melayu. Misalnya genre historiografi Melayu dikarang untuk mengabsahkan jurai keturunan raja sebagai pemerintah yang berdaulat menerusi magnum opus yang mewakili kerajaan masing-masing. Walau bagaimanapun, setiap karya historiografi yang dihasilkan tidak dapat merakam setiap peristiwa dalam sesebuah kerajaan secara tuntas  tanpa sumber lisan yang diwarisi. Kajian lalu mendapati bahawa beberapa sarjana Barat merendahkan fungsi sastera lisan sehingga genre historiografi ini dilabel sebagai ‘pseudo-historis’. Persoalannya, apakah fungsi sastera lisan dalam karya historiografi Melayu? Mengapakah sastera lisan ini diulang-ulang dalam beberapa karya historiografi Melayu? Ini menyebabkan kajian ini dilakukan dengan dua objektif, iaitu mengenal pasti unsur sastera lisan dalam karya historiografi Melayu terpilih dan menganalisis fungsi sastera lisan tersebut oleh pengarangnya dalam genre ini. Metodologi yang digunakan ialah kaedah analisis teks terhadap bahan kajian, seperti Hikayat Raja Pasai, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan Tuhfat al-Nafis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, sastera lisan digunakan oleh pengarang dalam karya historiografi Melayu untuk mengangkat martabat raja sesebuah kerajaan, di samping merealisasikan persaingan ‘combat de prestij’ antara kerajaan-kerajaan Melayu tersebut. Rumusannya, sastera lisan memainkan peranan utama dalam kepengarangan sesebuah karya historiografi Melayu. Ini demikian kerana genre ini melambangkan keakraban pemikiran dan jati diri masyarakat dengan khazanah warisan bangsa yang harus dihargai dan dimanfaatkan agar terus diingati oleh generasi akan datang. 

Lihat artikel penuh↗️


Terbit: 

2024-11-30 


Nama Isu: 

Vol. 11, No. 2, November 2024

Copyright © 2024, FBMK_UPM. All Rights Reserved.  

Report abuse
Page details
Page updated
Report abuse