Search this site
Embedded Files
MAHAWANGSA
  • HOME
  • MENGENAI JURNAL
    • Jurnal Pertanika Mahawangsa
    • Sidang Editorial
  • PENGHANTARAN ARTIKEL
  • ARKIB
    • Vol. 11, No. 2, November 2024
    • Vol. 11, No. 1, Jun 2024
    • Vol. 10, No. 2, November 2023
    • Vol. 10, No. 1, Jun 2023
    • Vol. 9, No. 2, November 2022
    • Vol. 9, No. 1, Jun 2022
    • Vol. 8, No. 2, November 2021
    • Vol. 8, No. 1, Jun 2021
  • PENGUMUMAN
  • HUBUNGI KAMI
MAHAWANGSA

Volume 11, Isu 2, November 2024

ANALISIS KETAKSAAN DALAM NOVEL SEMUSIM DI MAHSYAR


Saiful Ibrahim Abas Saiful Bahri

Universiti Putra Malaysia

Rozita Che Rodi

Universiti Putra Malaysia


Abstrak

Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis unsur ketaksaan yang terkandung dalam novel Semusim di Mahsyar. Data yang diperoleh daripada novel ini akan dikategorikan mengikut jenis leksikal, iaitu kata, frasa dan ayat. Teori Relevans yang menjadi sandaran dalam menganalisis data bagi kajian ini diasaskan oleh Sperber dan Wilson (1986). Teori ini mengandungi tiga gagasan, iaitu konteks, kesan konteks dan kos proses atau usaha memproses. Ketaksaan dan kekeliruan makna timbul dalam kalangan pembaca novel apabila penggunaan kata, frasa dan ayat yang tidak jelas dalam penulisan. Ketaksaan yang terkandung dalam penulisan novel Semusim di Mahsyar ini bukan satu kesalahan. Hal ini berlaku disebabkan terdapat perbezaan interpretasi dan pemahaman, khususnya dalam kalangan pembaca. Penggunaan kata, frasa dan ayat yang pelbagai dalam penulisan untuk menarik perhatian pembaca akan menimbulkan pelbagai interpretasi dan pemahaman. Kajian ini penting untuk mengelakkan salah faham tentang pentafsiran makna yang hendak disampaikan oleh penulis kepada pembaca, khususnya kepada pembaca novel. Kajian ini dapat memberikan manfaat kepada pelbagai pihak, khasnya kepada para penyelidik dan pengkaji bahasa dalam memahami bidang pragmatik terutama dalam genre penulisan kreatif seperti penulisan novel. 

Lihat artikel penuh↗️


Terbit: 

2024-11-30 


Nama Isu: 

Vol. 11, No. 2, November 2024

Copyright © 2024, FBMK_UPM. All Rights Reserved.  

Report abuse
Page details
Page updated
Report abuse