Search this site
Embedded Files
MAHAWANGSA
  • HOME
  • MENGENAI JURNAL
    • Jurnal Pertanika Mahawangsa
    • Sidang Editorial
  • PENGHANTARAN ARTIKEL
  • ARKIB
    • Vol. 11, No. 2, November 2024
    • Vol. 11, No. 1, Jun 2024
    • Vol. 10, No. 2, November 2023
    • Vol. 10, No. 1, Jun 2023
    • Vol. 9, No. 2, November 2022
    • Vol. 9, No. 1, Jun 2022
    • Vol. 8, No. 2, November 2021
    • Vol. 8, No. 1, Jun 2021
  • PENGUMUMAN
  • HUBUNGI KAMI
MAHAWANGSA

Volume 11, Isu 2, November 2024

INVENTORI SEGMENTAL DIALEK DI KAMPUNG PANTAI, JELEBU, NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA


Burhan Murshidi Baharon

Universiti Putra Malaysia

Sharil Nizam Sha’ri

Universiti Putra Malaysia

Abstrak

Masyarakat Negeri Sembilan dikatakan mengalami pengaruh budaya daripada luar, iaitu Adat Perpatih dari Minangkabau, Sumatera tetapi dari segi bahasa, masyarakat Negeri Sembilan tidak mengamalkan bahasa Minangkabau (Aman et al., 2016). Objektif kajian ini untuk mengenal pasti inventori segmental dialek Jelebu di Negeri Sembilan. Selain itu, kajian ini bertujuan menjelaskan proses fonologi yang berlaku dalam dialek Jelebu di Negeri Sembilan. Di samping itu, kajian ini bertujuan mengkaji rumus fonologi yang diaplikasikan oleh penutur dialek Jelebu di Negeri Sembilan. Reka bentuk penyelidikan secara kualitatif dan data kajian ini diperoleh daripada temu bual separa berstruktur yang dilakukan di Kampung Pantai, Jelebu. Pengkaji menggunakan pensampelan rawak bertujuan, dengan menemu bual tiga orang peserta kajian yang tinggal di Kampung Pantai Jelebu. Kaedah analisis dokumen digunakan semasa penganalisisan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat pelbagai perubahan penyebutan dari segi perbendaharaan kata dan makna. Dialek ini telah mengalami percampuran bahasa dengan bahasa Melayu standard disebabkan faktor imigrasi dan faktor pendidikan. Selain itu, terdapat penutur dialek Negeri Sembilan berasa malu untuk menggunakan dialek tersebut disebabkan tanggapan yang kurang baik terhadap orang Negeri Sembilan yang diberikan oleh masyarakat. Kepentingan kajian ini untuk menambahkan pengetahuan tentang dialek Negeri Sembilan. Dialek ini perlu dikekalkan kerana menunjukkan bahawa negara kita mempunyai penutur dialek yang berbeza berdasarkan negeri dan kaum di Malaysia. Pengguna bahasa ingin menuturkan dialek ini bagi tujuan pembelajaran dan komunikasi. Oleh itu, dialek ini perlu dikekalkan untuk membuktikan bahawa negara kita kaya dengan kepelbagaian dialek yang unik. 

Lihat artikel penuh↗️


Terbit: 

2024-11-30 


Nama Isu: 

Vol. 11, No. 2, November 2024

Copyright © 2024, FBMK_UPM. All Rights Reserved.  

Report abuse
Page details
Page updated
Report abuse