RAJUK DALAM PULANG: SEBUAH KEBIJAKSANAAN EMOSI MASYARAKAT MELAYU


Hani Salwah Yaakup

Universiti Putra Malaysia


Nama Isu: Vol. 8, No. 1, Jun 2021 

Abstrak

“Rajuk” dalam budaya Melayu adalah manifestasi perasaan dalam membenarkan emosi dan intelek individu untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan dalaman. “Rajuk” juga merupakan permainan hati yang melampaui intelek untuk melahirkan pemikiran yang lebih rasional. Kekuatan emosi menerusi konsep rajuk juga dirujuk sebagai keistimewaan yang dimiliki masyarakat Melayu. Namun begitu, penyelidikan berkaitan konsep “rajuk” dalam filem massih terbatas dan tidak meliputi filem yang diterbitkan dalam tahun 2010 dan ke atas.  Objektif kajian adalah untuk menganalisis representasi rajuk dalam watak perwatakan menerusi filem bertajuk Pulang (2018). Analisis kepada watak perwatakan ini berdasarkan kepada konsep 5 jenis rajuk iaitu rajuk intelek, rajuk sebagi ‘raja’, rajuk yang bahagia, rajuk eksflosif dan rajuk terkurung penuh makna oleh Anuar Nor Arai (2002) dengan menggunakan metodologi analisis tekstual filem Pulang (2018). Hasil daripada penyelidikan ini mendapati rajuk dalam filem Pulang (2018) merepresentasikan rajuk intelek dan rajuk terkurung penuh bermakna serta keputusan yang dicapai setelah seseorang watak itu merajuk tidak semestinya membawa keputusan yang terbaik kepada sesebuah permasalahan. Hal ini dikaitkan dengan tahap sosio ekonomi seseorang perajuk.

Lihat artikel penuh↗️


Terbit

2021-06-30