TINJAUAN TERHADAP KEMANTAPAN PENGKAJIAN SYAIR MELAYU


Rahimah Hamdan

Universiti Putra Malaysia

Arba’ie Sujud

Universiti Putra Malaysia

Halis Azhan Mohd. Hanafiah

Universiti Putra Malaysia

Roslina Abu Bakar

Universiti Putra Malaysia


Nama Isu: Vol. 8, No. 2, November 2021 

Abstrak

Kolonialisasi British pada abad ke-19 Masihi perlu merelevankan kedatangan mereka ke Alam Melayu agar terus diterima oleh masyarakat tanah jajahan. Salah satunya menerusi penyelidikan terhadap tanah jajahan dalam usaha memahami pemikiran didukungi oleh mereka.  Menerusi sumbangan kesarjanaan ini, secara tidak langsung kolonialisasi Barat dapat meluputkan aspek berhubungan negatif kolonialisme, dan sebarang eksploitasi terhadap peribumi diperlihatkan sebagai suatu proses penambahbaikan yang mulia dan berunsur pendidikan. Namun, kesukaran untuk memahami world view masyarakat, terutama dalam karya kesusasteraan Melayu menyebabkan genre syair sering diketepikan daripada pengkajian saintifik berbanding dengan prosa. Ironinya, walaupun keadaan itu berlaku pada awal penjajahan, tetapi pengkajian terhadap genre syair  masih berlangsung  sehingga  hari ini.  Hal ini mengilhamkan  objektif kajian, iaitu mengklasifikasi kajian lalu tentang syair di Alam Melayu, dan merumuskan kajian lalu berhubung kemantapan syair merentas  pelbagai disiplin ilmu. Metodologi kajian menggunakan kaedah ‘close reading’ terhadap beberapa pendapat sarjana tentang kemantapan pengkajian syair Melayu yang akan dianalisis secara mendalam. Untuk menyelesaikan objektif pertama, aktiviti yang dijalankan adalah mengenal pasti kajian lalu tentang perkembangan syair Melayu, dan  kemantapan syair tersebut.  Kemudian, aktiviti yang dilakukan untuk menyelesaikan objektif dua adalah  menjelaskan kajian lalu tentang syair dalam pelbagai disiplin ilmu, serta menilai kemampuan syair sebagai wahana yang terus relevan dalam kajian saintifik sehingga kini. Hasil kajian mendapati bahawa penelitian syair dalam kalangan para sarjana dan penggiat sastera masih berterusan secara komprehensif berbanding dengan genre lain dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional. Hal ini bermakna, syair terus mapan sebagai  bukti keintelektualan Melayu merentas zaman dengan pelbagai kajian yang relevan.

Lihat artikel penuh↗️


Terbit

2021-11-30