Search this site
Embedded Files
MAHAWANGSA
  • HOME
  • MENGENAI JURNAL
    • Jurnal Pertanika Mahawangsa
    • Sidang Editorial
  • PENGHANTARAN ARTIKEL
  • ARKIB
    • Vol. 11, No. 2, November 2024
    • Vol. 11, No. 1, Jun 2024
    • Vol. 10, No. 2, November 2023
    • Vol. 10, No. 1, Jun 2023
    • Vol. 9, No. 2, November 2022
    • Vol. 9, No. 1, Jun 2022
    • Vol. 8, No. 2, November 2021
    • Vol. 8, No. 1, Jun 2021
  • PENGUMUMAN
  • HUBUNGI KAMI
MAHAWANGSA

Volume 10, Isu 2, November 2023

LAMBANG NILAI KEPAHLAWANAN DALAM CERITA LISAN DI KELANTAN


Tuan Siti Nurul Suhadah Tuan Adnan

Universiti Malaysia Kelantan

Mohd Firdaus Che Yaacob

Universiti Malaysia Kelantan


Nama Isu: Vol. 10, No. 2, November 2023

Abstrak

Cerita lisan merupakan satu penyampaian yang diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain menerusi alat penuturan, iaitu mulut. Cerita lisan ini kebiasaannya memiliki bentuk penyampaian pengajaran yang positif kepada masyarakat setempat. Namun begitu, naratif lisan kurang didendangkan pada masa ini kerana wujudnya karya-karya berbentuk animasi yang lebih menarik minat golongan muda khususnya. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti dan membincangkan lambang nilai kepahlawanan dalam cerita lisan di daerah Kota Bharu, Kelantan. Dengan itu kajian ini membataskan untuk meneliti dua buah cerita rakyat, iaitu Kewibawaan Raja Kelantan dan Upacara Pelepas di Pulau Berhantu. Kajian ini hanya melibatkan kawasan di daerah Kota Bharu, Kelantan. Untuk memperoleh data yang sahih dan kukuh, kajian ini telah mengaplikasikan Teori Budaya menerusi Pendekatan Representasi sebagai deduktif kajian. Kajian ini juga menggunakan kaedah kualitatif, iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah lapangan untuk memantapkan hasil kajian ini. Hasilnya, kajian ini mendapati bahawa aspek kepahlawanan seperti sikap berani bertindak, berani menuntut bela dan sikap ikhlas dalam cerita lisan di Kota Bharu, Kelantan mampu mendidik anak-anak muda tentang sahsiah diri yang berwibawa.

Lihat artikel penuh↗️


Terbit: 

2023-10-13 

Copyright © 2024, FBMK_UPM. All Rights Reserved.  

Report abuse
Page details
Page updated
Report abuse