APLIKASI BUKU CERITA TELADAN HAIWAN SEBAGAI SASTERA KANAK-KANAK DALAM PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA MURID ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER
Siti Noridayu Abd. Nasir
Universiti Putra Malaysia
Hazlina Abdul Halim
Universiti Putra Malaysia
Nama Isu: Vol. 10, No. 2, November 2023
Abstrak
Murid Attention Deficit Hyperactive Disorder dikategorikan sebagai individu bermasalah dalam pembelajaran di sekolah. Lazimnya, di Malaysia penggunaan bahasa Melayu menjadi bahasa utama dalam pembelajaran dan komunikasi murid sekolah. Oleh itu, pemerolehan bahasa pertama murid Attention Deficit Hyperactive Disorder begitu penting dalam komunikasi harian mereka untuk menyampaikan maklumat. Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengenal pasti tahap pemerolehan bahasa pertama murid Attention Deficit Hyperactive Disorder. Kemudian, kajian ini melihat hubungan antara pemerolehan bahasa pertama dengan Teori Noam Chomsky melalui data kajian. Item kajian ini ialah penulisan sastera kanak-kanak berbentuk buku fizikal. Buku cerita teladan haiwan dipilih sebagai alat dalam kajian ini. Subjek kajian yang dipilih sebagai sampel ialah seorang murid lelaki darjah lima yang tinggal di negeri Perlis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa buku cerita haiwan dapat membantu murid ADHD memperoleh bahasa dan memahami nilai murni dalam kehidupan manusia. Walau bagaimanapun, murid ADHD mengalami masalah ingatan jangka masa pendek yang kritikal. Oleh yang demikian, aplikasi buku cerita haiwan dapat membantu meningkatkan ingatan jangka masa panjang kepada murid ADHD jika dilaksanakan secara praktikal.