NILAI-NILAI MASYARAKAT MELAYU DALAM NOVEL MELUNAS RINDU KARYA HARTINI HAMZAH


Rosnani Md Zain

Universiti Putra Malaysia

Zulkifli Mohamad

Universiti Putra Malaysia

Nadia Ishak

Universiti Putra Malaysia


Nama Isu: Vol. 11, No. 1, Jun 2024

Abstrak

Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang mempunyai pelbagai nilai-nilai yang baik dalam kehidupan mereka. Nilai-nilai yang diamalkan inilah yang telah melahirkan masyarakat Melayu sebagai sebuah masyarakat yang harmoni dan bersatu padu. Salah satu cara atau kaedah yang digunakan oleh masyarakat Melayu dalam memperlihatkan nilai dalam kehidupan mereka ialah melalui karya sastera. Oleh itu, kajian ini akan memanfaatkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dalam mencapai dua objektif kajian iaitu mengklasfikasi dan menganalisis nilai-nilai Melayu yang dipaparkan dalam novel tersebut. Kajian ini juga akan menggunakan kaedah kajian kualitatif, kepustakaan dan analisis teks. Manakala Pemikiran Kerohanian dan Pemikiran Kebitaraan merupakan sebahagian daripada teori SPB4K yang diperkenalkan oleh Mohd Yusof Hasan akan digunakan sebagai landasan teori dalam kajian ini. Analisis kajian mendapati bahawa Melunas Rindu memaparkan beberapa nilai dalam masyarakat Melayu yang masih diamalkan sehingga ke hari ini. Nilai- nilai tersebut boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan kepada masyarakat Melayu untuk mewujudkan sebuah perhubungan yang harmoni dan bersatu-padu. 

Lihat artikel penuh↗️


Published: 

2024-06-30