Volume 12, Isu 2, November 2025
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA
e-ISSN: 2805-5691
Amanda Ayu Syuhada Jefri @ Ridzuan
Universiti Putra Malaysia
Ernawita Atan
Universiti Putra Malaysia
Norfazila Ab Hamid
Universiti Kebangsaan Malaysia
Kata kunci: Dialek Kelantan; Facebook; teori semantik leksikal; sinonim; bahasa Melayu standard
Kajian ini berkaitan dengan penggunaan dialek Melayu Kelantan dalam media sosial, iaitu Facebook. Masyarakat Kelantan membuat aduan di laman Facebook “Air Kelantan Official” dengan menggunakan dialek Kelantan. Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengenal pasti golongan kata dialek Kelantan yang digunakan dalam media sosial, dan menghuraikan makna kata dialek Kelantan dengan bahasa Melayu standard dari sudut semantik leksikal. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan, iaitu dengan melihat penggunaan kata dalam dialek Kelantan di komentar laman Facebook “Air Kelantan Official”. Teori yang digunakan ialah teori semantik leksikal dan hanya memfokuskan kepada satu disiplin sahaja, iaitu sinonim. Dapatan kajian ini mendapati bahawa terdapat 70 perkataan dialek Kelantan yang boleh menyebabkan kekaburan makna kerana sebutan dan ejaan dalam dialek Kelantan berbeza dengan bahasa Melayu standard tetapi membawa makna yang sama. Melalui kajian ini, pengkaji akan dapat membantu masyarakat yang datang dari latar dialek yang berbeza untuk lebih menguasai dialek Kelantan supaya tidak berlakunya kekaburan makna.