Volume 12, Isu 2, November 2025
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA
e-ISSN: 2805-5691
Balqis Mohd Bakri
Universiti Putra Malaysia
Roslina Abu Bakar
Universiti Putra Malaysia
Kata kunci: kecerdasan buatan; puisi Avant-Garde; teknologi; kreativiti; ChatGPT
Kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) telah menjadi suatu fenomena sebagai suatu alat inovatif dalam bidang sastera, termasuk dalam penulisan puisi avant-garde. Penggunaan AI dalam penciptaan puisi dapat membuka peluang baharu dalam penciptaan karya yang mampu keluar dari format konvensional serta pencetus kreativiti manusia ke tahap yang berbeza. Kajian ini bertujuan untuk meneroka peranan AI sebagai instrumen penulis dalam proses penghasilan puisi avant-garde serta kajian potensi AI dalam penghasilan puisi bentuk radikal dan unik. Kajian ini menggunakan analisis kritikal terhadap puisi yang dijana daripada AI dengan manusia, memberikan fokus pada penulisan puisi gaya avant-garde serta struktur puisi yang baharu. Platform ChatGPT digunakan untuk menghasilkan puisi dengan input kreatif daripada penulis puisi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa AI mampu menghasilkan struktur puisi yang radikal dan inovatif, namun masih mempunyai keterbatasan dalam aspek emosi dan nuansa budaya yang memerlukan sentuhan manusia. Kajian ini penting untuk meneliti akan potensi berbangkit berkenaan AI dalam menjadi satu alat untuk memperkaya dunia sastera, khususnya penulisan puisi, serta membuka jalan kepada bentuk kreativiti baru di era digital pasca pandemik ini, yang juga membuka perbincangan batasan kreativiti mesin berbanding daya kreativiti manusia.