Volume 12, Isu 2, November 2025
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA
e-ISSN: 2805-5691
Nur Najiha Ismail
Universiti Putra Malaysia
Vijayaletchumy Subramaniam
Universiti Putra Malaysia
Pavitra Vasuthevan
Universiti Putra Malaysia
Kata kunci: kecerdasan buatan (AI); motivasi; prestasi; pelajar penutur bukan natif; pembelajaran bahasa Melayu
Kajian ini membincangkan pengaruh penggunaan AI untuk meningkatkan motivasi pelajar penutur bukan natif Universiti Putra Malaysia dalam mempelajari bahasa Melayu. Dalam kajian ini, pengkaji mengaplikasikan Model Sosioeducational Gardner 1985. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan instrumen utama yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik untuk memperoleh data. Seramai 40 orang pelajar penutur bukan natif Universiti Putra Malaysia telah menjadi responden kajian. Data yang diperoleh akan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Hasil analisis daripada borang soal selidik mendapati bahawa kecerdasan buatan (AI) memberikan kesan terhadap peningkatan motivasi pelajar, iaitu AI menyediakan pengalaman pembelajaran bahasa Melayu yang interaktif dan menyeronokkan. Selain itu, AI juga telah meningkatkan prestasi pelajar dalam aspek perbendaharaan kata, pertuturan, pemahaman penulisan bahasa Melayu. Pelajar juga menjadikan AI sebagai salah satu sumber pembelajaran bahasa Melayu dari segi mendapatkan maklumat tentang perbendaharaan kata dan tatabahasa bahasa Melayu dan rakan interaktif untuk latihan pertuturan.