Volume 13, Isu 1, Jun 2026
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA
e-ISSN: 2805-5691
Norlina Kiflie
Universiti Putra Malaysia
Adi Yasran Abdul Aziz
Universiti Putra Malaysia
Mohd Sukki Othman
Universiti Putra Malaysia
Salmah Jan Noor Muhammad
Universiti Putra Malaysia
Kata kunci: kata kembar; etimologi; bahasa Melayu; kata serapan Arab; Jawi
Kata kembar etimologi ialah perkataan yang berkongsi sumber kata yang sama tetapi mengalami perubahan ejaan dan makna. Dalam bahasa Melayu di Malaysia, terdapat banyak kata kembar etimologi, terutamanya dalam Kamus Dewan Perdana (KDP). Oleh sebab itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membandingkan kata kembar etimologi yang terpilih daripada kata serapan Arab dalam KDP. Penelitian ini menggunakan prinsip kata kembar etimologi Collins (2018) dan Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu Dewan (PUEJBMD). Data turut diambil daripada bahan kajian seperti Batu Bersurat Terengganu (702H/1303M), surat Sultan Abu Hayat Ternate (1521M), teks 'Aqa'id al-Nasafi (1590M), dan Hikayat Bayan Budiman (sekitar 1600M), kamus William Marsden (1812) dan R. J. Wilkinson (1901). Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat banyak kata kembar etimologi daripada kata serapan Arab dalam KDP. Terdapat persamaan dan perbezaan ejaan Jawi serta makna dalam kata kembar etimologi kerana penggantian daripada 14 huruf konsonan dan vokal Arab yang tiada dalam sebutan kata Melayu Jati. Kesimpulannya, sebahagian kata kembar etimologi serapan Arab mengalami perubahan ejaan atau makna atau kedua-duanya, manakala sebahagian lain tidak mengalami perubahan. Kajian ini penting kerana KDP mempunyai reputasi yang tinggi dan merupakan sumber rujukan utama bahasa Melayu. Kajian kata kembar etimologi dalam KDP dapat membantu memperbaiki penyusunan kata serapan Arab yang bertulisan Jawi dan memastikan ketepatan ejaan serta makna yang lebih jelas untuk terbitan edisi KDP yang akan datang.