Search this site
Embedded Files
MAHAWANGSA
  • HOME
  • MENGENAI JURNAL
    • Jurnal Pertanika Mahawangsa
    • Sidang Editorial
  • PENGHANTARAN ARTIKEL
  • ARKIB
    • Vol. 11, No. 2, November 2024
    • Vol. 11, No. 1, Jun 2024
    • Vol. 10, No. 2, November 2023
    • Vol. 10, No. 1, Jun 2023
    • Vol. 9, No. 2, November 2022
    • Vol. 9, No. 1, Jun 2022
    • Vol. 8, No. 2, November 2021
    • Vol. 8, No. 1, Jun 2021
  • PENGUMUMAN
  • HUBUNGI KAMI
MAHAWANGSA

MAHAWANGSA - M01 JUN 2021

NILAI-NILAI MURNI DALAM CERITA CIK SITI WAN KEMBANG


Mohd Firdaus Che Yaacob

Universiti Malaysia Kelantan


Nama Isu: Vol. 8, No. 1, Jun 2021 

Abstrak

Pada masa lalu, cerita legenda yang mengisahkan perjuangan Cik Siti Wan Kembang disanjung tinggi, dan amat akrab dalam kehidupan masyarakat Melayu di Kelantan. Cik Siti Wan Kembang merupakan seorang wanita yang telah menakluki Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan sebagai kawasan naungan antara tahun 1610 hingga 1677 masihi. Cerita legenda ini mengandungi nilai murni, budaya dan moral yang dapat dijadikan sebagai medium pendidikan kepada seluruh lapisan masyarakat. Objektif kajian bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai-nilai murni dalam Cik Siti Wan Kembang. Pendekatan moral dalam teori pengkaedahan Melayu dijadikan sebagai deduktif kajian untuk memantapkan analisis kajian. Reka bentuk kajian ini bersifat kualitatif merujuk kaedah kepustakaan dan teks. Hasil dapatan kajian ini membuktikan bahawa cerita Cik Siti Wan Kembang memiliki kekayaan nilai-nilai murni yang sewajarnya menjadi bahan bacaan masyarakat demi memastikan kelangsungan kehidupan mereka agar lebih bermoral, dan sekali gus menghargai khazanah warisan peninggalan nenek moyang sampai bila-bila.

Lihat artikel penuh↗️


Terbit: 

2021-06-30

Copyright © 2024, FBMK_UPM. All Rights Reserved.  

Report abuse
Page details
Page updated
Report abuse