Roslina Mamat
Universiti Putra Malaysia
Nama Isu: Vol. 9, No. 2, November 2022
Animasi dan komik Jepun mempunyai pelbagai tema, termasuk tema Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). Makalah ini mengenal pasti persepsi pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Jepun di lima buah Universiti Awam (UA) yang menggunakan komik dan animasi Jepun (anime). Tema LGBT dalam komik dan animasi Jepun belum diterokai walaupun sebenarnya sudah ramai remaja Malaysia, terutama Melayu terdedah dengan kandungan sebegini. Seramai 135 orang responden menjawab kaji selidik ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi positif dan negatif yang terdapat dalam komik dan animasi Jepun serta kesannya kepada masyarakat mengikut persepsi responden sendiri.