Rozaiman Makmun
Universiti Brunei Darussalam
Roslina Abu Bakar
Universiti Putra Malaysia
Abu Bakar Haji Madin
Universiti Brunei Darussalam
Nama Isu: Vol. 9, No. 2, November 2022
Novel Kelingkang oleh Douglas Jaga (1998) diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tema novel ini agak sukar ditafsirkan. Membaca dan mentafsir novel ini memerlukan kefahaman dan penghayatan pembaca terhadap unsur tradisi dan budaya masyarakat Iban. Objektif kajian ini, ialah untuk mentafsir tema dan menganalisis kaitannya dengan unsur kebudayaan yang terdapat dalam novel Kelingkang. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, khususnya kajian analisis teks dengan mentafsir jajaran peristiwa sebagai leitmotif, iaitu peristiwa penting dalam setiap bab secara kronologis. Kefahaman terhadap persoalan yang terkandung dalam setiap peristiwa penting ini dilaksanakan secara induktif berlandaskan aras kognitif Bloom (1956). Kajian ini berjaya merumuskan tema tentang madah berhelah ‘pupus ditelan zaman’ yang sering dijadikan alasan untuk menutupi ketidakberdayaan dalam mengekalkan tradisi, kepercayaan dan budaya bangsa.