MAHAWANGSA - M05 November 2022

GAYA IRONI SARKASTIK DALAM LAMAN SOSIAL FACEBOOK


Ezzah ‘Afifah Nasrudin

Universiti Putra Malaysia

Norazlina Mohd Kiram

Universiti Putra Malaysia

Zuraini Jusoh

Universiti Putra Malaysia

Rozita Che Rodi

Universiti Putra Malaysia


Nama Isu: Vol. 9, No. 2, November 2022 

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk menganalisis gaya ironi bahasa sarkastik dalam laman sosial Facebook. Hal ini demikian, kerana bahasa sarkastik telah mengalami perubahan dari sudut penyampaiannya disebabkan perkembangan teknologi Internet. Impaknya, bahasa sarkastik telah menimbulkan isu dan mengakibatkan kekeliruan bentuk dan sekali gus menjadi satu bahasa yang agak rumit untuk difahami (Alva, 2016). Justeru, kajian ini dijalankan untuk merungkaikan gaya ironi sarkastik dalam laman sosial Facebook. Untuk mencapai objektif kajian, reka bentuk kualitatif dengan sokongan analisis kandungan telah digunakan. Data kajian yang mempunyai tanda pagar sarkastik (#sarkastik) dalam laman sosial Facebook telah diambil dari Julai 2017 hingga Disember 2019. Sebanyak 120 data telah terkumpul dan dianalisis menggunakan Model Gibbs (2000). Secara keseluruhannya, dapatan kajian telah menunjukkan bahawa gaya ironi sarkastik ini disampaikan secara sentimen positif dalam situasi negatif dan sebaliknya, humor serta kenyataan tidak benar dengan merendahkan atau meremehkan sesuatu perkara dalam ucapan sarkastik. Selain itu, ucapan sarkastik sememangnya mengandungi makna tersirat. Kesimpulannya, penelitian terhadap bahasa sarkastik khususnya gaya ironi dapat menyerlahkan ketinggian pemikiran dan kekreatifan masyarakat Melayu dalam menzahirkan rasa dan pandangan terhadap persekitaran mereka.

Lihat artikel penuh↗️


Terbit

2022-11-30